Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

5 Kesalahfahaman Jigging Ringan

Teknik jigging ringan merupakan teknik memancing yang bercabang dari teknik jigging berat yang bermaharajarela buat satu ketika dulu diMalaysia dan Asia Tenggara. Seperti teknik memancing yang lain, teknik jigging juga harus diubahsuai setiap masa mengikut perubahan padang pancing, spesiesikan dan keadaan pancingan. Di sini saya ingin mengemukakan 4 kesalahfahaman yang biasa berlaku semasa mempraktikkan teknik ini. Semoga anda dapat membetulkan kesalahan jika ada bagi meningkatkan kadar tangkapan.

 Memang tidak dapat dinafikan bahawa jigperlahan lebih berkesan berbanding jig ringan apabila menjerat jenahak di laut cetek.
Mulut demudok bulat amat tebal, mata didapati agak sukar menembus mulutnya jika kekuatan joran dan diameter mata tidak sepadan.
Tali yang terlalu halus tidak digalakkan kerana akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menumbangkan ikan yang degil dan tidak kondusif untuk tujuan C & R.

Teks & Fotografi: Pak Wong

Kesalahfahaman 1: Mata kasar adalah wajib

Inilah kesalahfahaman yang paling biasa berlaku dalam pancingan jigging ringan. Memandangkan ikan sasaran di lubuk jigging ringan tempatan biasanya bersaiz dibawah 4kg, joran berkekuatan PE2 telah menjadi pilihan ramai. Namun ramai di atara pemancing mungkin tidak menyedari bahawa aksi joran jigging biasanya lebih lembut dan melentur dengan lebih banyak berbanding joran casting. Tujuannya adalah untuk menghenjut jig dengan lebih berkesan. Jika aksinya terlalu kaku, lentingan jig akan menjadi terlalu cepat sehingga tidak dapat melengkapkan irama jigging yang lancar. Namun joran dengan aksi seperti ini lebih lambat menyampaikan daya sentapan ketika membalas, agak sukar untuk menembus mulut ikan jika kita menggunakan mata yang kasar.

Justeru harus diingati bahawa janganlah membeli mata yang terlalu kasar untuk pancingan jigging ringan. Asalkan saiz dan ketebalannya sederhana dan tidak akan memeluk jig sewaktu jigging sudah memadai. Jikalau kes sentap tidak tembus atau sentiasa rabut dalam proses menaikkan ikan, kemungkinan besar ianya berpunca dari mata yang terlalu kasar.

Kesalahfahaman 2: Lebih baik hanyut dari menurunkan sauh

Tak semestinya! Kaedah menghanyutkan bot lebih cocok buat ikan yang bertaburan di sekitar sebuah lubuk yang agak luas. Jika ikan hanya berkumpul di sebuah spot yang kecil maka bot pancing akan cepat melepasinya ketika menghanyut dan terpaksa berpatah balik ke titik permulaan untuk memulakan hanyutan seterusnya. Kaedah ini amat membuang masa daripada menurunkan sauh. Kapten yang berpengalaman akan dapat melabuhkan bot tepat di sebelah hulu spot dan membiarkan arus mambawa jig ke lokasi gerembolan ikan berada. Jika ingin mencuba kawasan yang berlainan, bolehlah bertukar kepada jig yang lebih ringan supaya dapat dibawa arus ke perairan yang lebih jauh. Ataupun melempar jig ke kedua-dua belah bot.

Kesalahfahaman 3: Makin halus tali makin menjadi

Salah! Selain jika anda yakin hanya terdapat ikan yangbersaiz kecil sahaja di lubuk ini dan anda tidak berniat untuk C & R. Jikatidak, gunakanlah tali yang berkekuatan sekurang-kurannya 20lb. Prisippemasangan tali utama dengan perambut ialah kasar di atas dan halus di bawah.Tali utama yang lebih kasar tidak akan putus ditarik ketika jig tersangkut.Yang putus biasanya ikatan di antara perambut dan cili. Jimat masa dan wangkerana tidak perlu mengikat semula perambut baru. Tali yang lebih kasar jugamembolehkan anda menumbangkan ikan yang lebih besar dengan lebih cepat supayatidak menghalang orang lain melakukan pancingan masing-masing. Ia juga bermanfaatkepada ikan yang ingin dilepaskan.

Anda tetap akan dapat menaikkan ikan idaman tanpa menambah bulu atau sotong plastik ke atas jig melalui teknik persembahkan yang betul.

Kesalahfahaman 4: Bulu memang berkesan

Keberkesanan bulu dan tinsel sememangnya subjekkontroversi. Bagi sesetengah spesies ikan khasnya spesies yang mencari makananberdekatan dasar, bulu atau tinsel memang dapat membuka selera mereka. Namunini tidak bermaksud mereka tidak dapat dipancing tanpa tambahan bulu ke atas jig.Berpaling kepada tenggiri pula, bulu atau tinsel memang tidak memberikansebarang manfaat samada dari segi teori ataupun praktikal. Pada hakikatnyatenggiri lebih tertarik dengan pantauan cahaya dan kelajuan jig bergerak.Kelajuan adalah syarat muktamad apabila jigging tenggiri. Penambahan bulu atautinsel pastinya akan memperlahankan kelajuan jig ketika tenggelam ataudihenjut.

Gerong belang yang gemar mencari makanan berdekatan dasar amat sesuai untuk jig perlahan.

Gambar ini pasti akan menambah kepercayaan pemancing terhadap jig perlahan di laut cetek!

Selain perlu mengambil berat terhadap kesalahfahaman yang dikemukakan di atas, pemancing haruslah berusaha dengan lebih tekun lagi jika ingin meraih keputusan cemerlang dalam arena jigging ringan. Jigger-jigger harus ingat bahawa tiada kaedah henjutan jig yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi kaedah henjutan yang biasa telah pun dikenali ikan yang semakin pintar. Serlahkan imaginasi anda dan henjutlah jig dengan pelbagai gaya supaya jig kelihatan seperti seekor ikan kecil yang hidup. Asalkan aksi itu belum pernah dilihat ikan pemangsa maka tinggilah peluang untuk menjeratnya.

Kesalahfahaman 5: Jig perlahan tidak sesuai untuk laut cetek

Ramai pemancing yang pernah mencuba teknik jiggingperlahan mendapati teknik ini kurang sesuai untuk perairan cetek. Namunmengikut pantauan saya, keberkesanan jig perlahan mungkin mengatasi jig ringanterutamanya apabila mensasarkan ikan demersal seperti gerong belang, jenahak,kerapu dan sebagainya.

Jenahak besar ini ditumbangkan dengan jig perlahan 90 gram. Sekali lagi membuktikan kepentingan saiz jig di laut cetek.

Namun kita tidak harus menggunakan keberatan jig yang biasa digunakan di Selat Melaka seperti 150 hingga 200 gram. Punca kegagalan pemancing menaikkan ikan di laut cetek dengan jig jenis perlahan mungkin bersangkut dengan saiz jig yang terlalu besar. Ikan-ikan laut cetek didapati lebih cenderung terhadap jig yang bersaiz kecil. Hakikatnya jig perlahan seberat 60 dan 80 gram merupakan keberatan yang paling laku di sini.

Apabila memainkan jig perlahan di laut cetek, pergerakan jig tidak semestinya perlahan, khasnya apabila ingin menjerat spesies yang lebih agresif seperti GT, demudok bulat, demudok dan tenggiri. Gunakan persembahan laju untuk menarik perhatian mereka terlebih dahulu, kemudian perlahankan henjutan seperti biasa. Anda akan terkejut apabila ikan-ikan ini mambaham jig anda sehingga ke lapisan air laut yang agak tinggi!

Selamat mencuba!