Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Battle Caster Belida Jelapang

Hanya caster yang cukup bersabar sahaja berpeluang bergambar dengan belida terusan bersaiz mega.

Unik, memang unik! Buat julung kalinya kita dengar adanya pertandingan mengilat dianjurkan di terusan sawah padi! Dan sasarannya bukanlah haruan, sebaliknya spesies pipih gemalai yang bernama belida! Ikuti acara pertandingan ini hasil cetusan idea para caster tegar di sebelah utara…

Teks : AIMAN JOHARI

Fotografi : AIMAN JOHARI & ANUAR WXT

Belida bintik (Notopterus chitala) mudah dijumpai di Semenanjung Malaysia dan beberapa negara Asia lain. Tetapi ia bukanlah ikan yang mudah dijerat dengan gewang seperti ikan pemangsa lain di tasik mahupun sungai tenang. Namun lain yang berlaku di terusan air di Kubang Sepat, iaitu satu kawasan di daerah Ayer Hitam, Kedah. Populasi ikan belida bintik sangat banyak sehinggakan ia mudah dijerat dengan gewang selaman apabila tiba musimnya.

Proses pendaftaran bermula seawal 7.30 pagi.

Lantaran itu, ia sering menjadi buruan utama para pengilat di sebelah utara ini. Lebih menarik apabila ia hanya boleh di-casting di dalam sungai terusan untuk pengairan sawah padi yang terletak di tepi jalanraya sahaja. Kunjungan saya diajak Kie Rocketmail yang merupakan pemancing tempatan di situ untuk memeriahkan lagi acara tahunan Belida Fun Battle pada 17 Februari lalu

Volume 2

Belida Fun Battle yang berlangsung pada 17 Februari 2018 ini adalah kesinambungan daripada acara pertama pada musim lepas yang boleh dikatakan berjaya apabila ia disambut baik oleh rata-rata caster di utara. Dengan hanya beberapa minggu mengaturkan persiapan bersama Merong Fishing Community, acara ini telah berlangsung dengan jayanya.

Belida Fun Battle ini bermula seawal 7.30 pagi dengan bermulanya proses pendaftaran para pemancing. Seramai 120 orang caster hadir awal dan rata-ratanya dari utara tanahair seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Para petugas MFC (Merong Fishing Community) menjalankan tugas dengan baik dan lancar seperti yang dirancang. Yuran RM 15 dikenakan dan ia turut disertai sarapan dan makan tengah hari. Peserta turut dihadiahkan seketul gewang semasa pendaftaran. Memang berbaloi beb! Gelanggang dihadkan sejauh 3.5 kilometer sahaja yang dibenarkan memancing sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Produk Lokal

Pertandingan kali ke-2 ini juga disambut baik oleh penaja lokal dalam Malaysia. Biarpun dirancang dalam masa yang singkat, penganjur telah berjaya mendapatkan tajaan daripada label-label produk lokal Malaysia seperti Boytep, Ikanz, AtokLure, Blackwater Syndicate, ZulCraft, RuanBuzzbait dan banyak lagi.

Memang hadiah yang ditaja berbaloi untuk semua peserta, selain dapat mengeratkan persahabatan dan tali persaudaraan. Inilah konsep yang diketengahkan oleh MFC dan ia patut dijadikan contoh untuk semua peminat sukan memancing tanahair. Salute!

Semasa berlangsungnya acara memancing selama 4 jam, banyak tangkapan yang terhasil dan target utama tentulah belida. Tetapi, bukan sahaja belida yang mendominasi sungai di Kubang Sepat, spesies haruan dan toman turut sama bermaharajalela. Mana mungkin tidak ada toman di sini, sedangkan tali air ini merupakan cabang sungai dari Sg. Kedah yang sedang ‘meletop’ dengan toman gadang di tengah bandaraya.

Tangkapan terbesar spesies belida pada kali ini ialah dengan skala 5 kg dan telah dinobatkan sebagai King of Belida. Bayangkan ada ikan bersaiz mega hanya di terusan ataupun tali air. Mencakoppp beb! Mana nak cari tempat macam ini, kan?

Kelebihan Belida

Ramai yang mungkin bertanya, apa keistimewaan mengilat belida? Pada saya memang ada kelainannya kerana ikan ini bukan sahaja kuat menyedut gewang seperti siakap, malah ia juga sama seperti ikan bulan (tarpon) dan siakap yang gemar melompat untuk meloloskan diri.

Para peserta mendengar taklimat ringkas oleh marshal pertandingan.

Belida amat aktif pada waktu pagi dan petang, sama seperti ikan pemangsa lain. Ia kerapkali melepaskan buih di permukaan air dan turun perlahan pada masa yang sama.

Memancing belida memerlukan skil dan teknik yang tinggi. Hanya pemancing yang tahan sabar yang boleh mendaratkan spesies unik ini. Karauan perlahan dan membiarkan gewang berenang pada dasar sungai adalah teknik yang paling efektif untuk memujuk sang belida membaham umpan anda!

Kategori Pertandingan

 

Berbalik kepada pertandingan ini, terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan. Antaranya King of Belida (ikan terberat / besar), Rare of Belida (binti

Antara sponsor dari label tempatan untuk memeriahkan pertandingan.

k terbanyak), The Meat Hunter (tangkapan paling banyak), The Lucky Smallest Fish (ikan terkecil) dan kategori tambahan iaitu Error Target (spesies unik). Apa yang menariknya, hadiah untuk Error Target telah dimenangi dengan tangkapan kura-kura! Hahaha… si kura-kura baham gewang beb.

Ada juga insiden tali utama putus kerana tidak dapat menahan asakan ‘si bintik’. Tidak dinafikan bahawa memang ada saiz belida yang besar di sini setelah mendengar bualan penduduk tempatan. Tangkapan terbesar untuk pertandingan kali ini ialah spesimen berskala 5 kg!

Suasana semasa pertandingan mengilat belida dalam terusan unik ini.

Setiap tangkapan akan terus ditimbang oleh urusetia dan ikan tersebut diletakkan dalam tangki khas sementara, sebelum ia dilepaskan semula ke habitat asal apabila tamat pertandingan.

Makan Berjemaah

Setelah selesai acara memancing, para peserta turut dihidangkan jamuan tengah hari oleh penganjur. Sesi makan tengah hari bertambah manis apabila para peserta makan beramai-ramai dan saling berseloka. Mananya tidak, bukan senang untuk kita berjumpa dan saling bertukar pendapat dan ilmu berkenaan dunia memancing. Program-program beginilah yang ditunggu oleh kaki pancing untuk bersantai bersama-sama.

Saiz begini memang banyak dan mudah diperolehi.

Aturcara penyampaian hadiah berlangsung dengan meriah sekali. Para peserta lain juga tidak ketinggalan untuk memperolehi ‘ole-ole’ kerana banyak hadiah yang telah disumbangkan oleh para penaja sebagai hadiah cabutan bertuah. Boleh dikatakan setiap peserta tidak pulang dengan tangan kosong.

Pertandingan tamat jam 1 tengah hari dan beberapa keping foto kenangan diambil sebagai pemangkin untuk mengaturkan program yang akan datang. Syabas buat penganjur!

Saiz idaman setiap pemancing belida.

Haruan dan toman juga mendominasi Sg. Kubang Sepat.

Makan santai sambil bergurau senda memang meriah.

Soft plastic adalah gewang terbaik untuk menjerat belida.

Tangkapan paling besar dalam pertandingan kali ini dengan berat 5 kg!

Mejar Baizuri wakil kepada para sponsor menyampaikan hadiah.

Pemenang setiap kategori dalam pertandingan.

Group pemancing dari Perlis datang memeriahkan suasana.

Gambar kenang-kenangan setelah selesai pertandingan, memang ramai beb, tahniah penganjur!