Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Berapa Tinggikah IQ Tenggiri?

Jig yang menghasilkan corak pantulan cahaya yang berlainan dari jig yang biasa mungkin akan dapat menghasut tenggiri berkepala tension untuk membahamnya.
Tuas yang bertaburan di luar pantai Sungai Udang telah menarik spesies pemangsa seperti tenggiri, talang, dorado, tongkol dan sebagainya untuk mencari makanan di sini.

Selama kita memancing pasti mendapati ikan tidaklah bodoh sangat seperti yang disangkakan. Pada hakikatnya mereka mampu mempelajari dari pengalaman bahaya sehingga menjadi agak sukar untuk kita memancingnya. Kita tahu tenggiri adalah pemangsa yang kejam. Sikapnya gelojoh dan sukar untuk menolak makanan yang tampil di hadapannya. Namun jika anda sentiasa memancingnya, anda pasti mendapati bahwa spesies ini biar bersikap kejam, tetap mampu membezakan ketulinan umpan dan lama-kelamaan sudah pandai menguasai nafsunya. Jadi bagaimana kita memujuknya supaya tetap kecundang dengan helah kita?

Teks & Fotografi: PAK WONG

Akim tetap berjaya menaikkan tenggiri dengan bulu ayam 3 rasanya.
Hanya 2 ekor tenggiri sahaja berjaya dinaikkan dengan umpan dalam trip ini berbanding 8 ekor dengan jig besi dan bulu ayam.

Perkara yang paling ditakuti apabila memancing tenggiri ialah perambut diputuskan oleh gigi tajamnya. Justeru perambut harus ditambah sekerat dawai. Salah satu kebijaksanaan tenggiri ialah ia tetap dapat menolak perambut berdawai. Dawai yang amat pendek sahaja boleh digunakan biarpun memancing dengan umpan hidup. Sedikit panjang mereka akan terus menolak hidangan anda.

Manakala teknik jigging dan Sinking Minnow pula, sejak dulu lagi perambut dawai memang tidak digalakkan untuk menjerat spesies ini. Mereka tidak akan baham jig atau Sinking Minnow anda biarpun hanya sekerat perambut pendek sahaja digunakan. Saya telah mengesahkan perkara ini sejak dulu lagi. Tidak kira di Semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak di mana tenggiri menjadi tumpuan ramai pemancing, ternyata mereka amat sensitif dengan perambut dawai.

Pulau-pulau kecil berdekatan Kuala Sungai Udang bukan sahaja menjadi tarikan pelancong malah juga merupakan lubuk terbaik untuk teknik micro jigging dan mencandat.
Setelah berjam-jam mencuba, Lai akhirnya dikurniakan lesen tenggiri trip ini.

EVOLUSI SEMULAJADI

Perkara ini hanya dapat diterjemahkan sebagai evolusi ikan secara semulajadi. Kes lucut sentiasa berlaku apabila memancing tenggiri lantaran mulutnya yang keras. Tenggiri yang lucut mungkin akan mengaitkan perambut dawai dengan krisis dan tidak akan membaham jig atau gewang yang mempunyai dawai di hadapannya. Maka kita tidak boleh memakai perambut dawai jika ingin memancing tenggiri yang “bersekolah” ini dan terpaksa menanggung risiko perambut dipotong gigi tajamnya.

Berdasarkan perangainya yang mencuriga, adakah mereka juga akan menolak jig dan gewang? Sudah tentu! Biarpun tenggiri jarang dilepas kembali ke laut setelah dipancing, namun mereka juga akan belajar dari pengalaman lucut dan putus tali. Sambaran akan menjadi kurang setiap kali ada tenggiri yang lucut atau putus tali. Agaknya mereka telah dikejutkan oleh rakannya.

Apabila gerombolan tenggiri mengalami kejutan, apakah yang harus dibuat untuk menenangkan mereka? Dalam teknik jigging, biarpun senjata yang digunakan rata-rata jig yang mempunyai kilauan yang kuat, namun kita boleh bertukar kepada jig yang mempunyai pantulan cahaya yang berlainan coraknya. Jig mempunyai pelekat pantulan cahaya yang bermacam-macam. Salah satu perbezaannya ialah kekuatan pantulan cahayanya samada lebih terang atau sebaliknya. Pada hakikatnya corak yang berlainan akan menghasilkan pantulan cahaya yang berlainan. Justeru harus menyediakan beberapa jenis jig yang berlainan corak pelekatnya. Manalah tahu pantulan cahaya yang berlainan akan memujuk mereka untuk kembali berselera.

Lauk sentiasa menjadi lebih sedap apabila makan di atas laut!
hef Akim menyediakan ulam budu dan gulai ikan yang menyelerakan, padu!

Manakala Sinking Minnow pula aksi dan pantulan cahayanya agak bersamaan. Hanya warna dan kelajuan karauan sahaja yang dapat ditukar.

GENITIK PENGECUALIAN JIG

Anip yang rajin jigging mendapat sambutan dari 3 spesies ikan, tahniah!

Pada pendapat saya kelajuan jig adalah teramat penting. Tenggiri akan sukar untuk membezakan samada itu jig atau anak ikan jika pergerakan jig cukup laju. Namun apa yang lebih penting lagi ialah ketekunan pemancing. Misalnya dalam trip jigging tenggiri tuas Sungai Udang, Kedah baru-baru ini, jig berjaya menaikkan jauh lebih banyak tenggiri berbanding umpan hidup sememangnya galakan yan cukup besar bagi kami. Ia juga membayangkan bahawa memprovokasi tenggiri melalui henjutan jig yang bertubi-tubi merupakan kaedah paling berkesan untuk mendapatkan keputusan yang berterusan.

Anip yang rajin jigging mendapat sambutan dari 3 spesies ikan, tahniah!
Lesen baru Li Zhe mempersembahkan tarian akrobatik yang mempesonakan sebelum mengaku kalah.
Jig terpaksa ditenggelamkan ke bawah rimbunan buluh jika ingin menjerat GT.
Botol air semuanya dikumpul untuk kitar semula. Satu pendekatan yang harus dipraktik oleh semua destinasi memancing.
Tembikai yang disimpan dalam peti ais untuk menyejukkan badan menjelang musim panas ini.

Tuas di Kawasan ini masing-masing mengalami tekanan memancing yang amat tinggi. Tenggiri biasanya akan mengelilingi kawasan tuas untuk mencari makanan. Tidak kira jig kita berada berdekatan atau jauh dari mereka, saya percaya tenggiri yang mempunyai daya penglihatan yang handal pasti nampak. Cuma tenggiri di sini rata-rata mempunyai genetik pengecualian jig atau pernah diperdaya jig pada kebelakangan ini sehingga tidak peduli langsung dengan jig yang melambai-lambai di depan mukanya.

KESABARAN YANG TERHAD

Bot kayu Tekong Syafis rosak dan diganti dengan bot fiber pula untuk trip ini.

Lai sebagai regular customer kawasan ini berjaya menumbangkan monster berskala 10 kg dalam trip lepas.

Apa pun tenggiri tetap tenggiri. Merekalah satu-satunya Raja yang menguasai perairan ini. Apabila jig kita asyik bergerak pantas di depan matanya, akhirnya mereka akan hilang kesabaran juga khasnya apabila jig berada berdekatan mereka!

Berbalik kepada tema “Berapa Tinggikah IQ Tenggiri”, pendapat saya ialah mereka memang pintar seperti ikan-ikan lain. Namun kesabaran mereka memang terhad. Kita tetap dapat menewaskan tenggiri yang membesar di lubuk bertekanan tinggi jika sanggup berkerja keras!