Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Dibuli Tong Gas Kapal Karam Berkali-Kali

Kapal karam yang besar sentiasa menjadi habitat kegemaran kerapu yang bersaiz bagak.

Pengalaman ketika saya memancing #Boron #TongGas #Bontak #Mamaron #Brogon di Pelabuhan Tanjung Pelepas 2nd link Johor menggunakan teknik slow jigging memang amat mencabar. Dugaan dan tahap kesabaran amat tinggi dibuatnya. Di sini saya ingin kongsi sedikit pengalaman buat tatapan semua yang berminat mencabar binatang serius ini.

Oleh: Rashid Super 

Mana tidak nya, bila Tong Gas kapal karam baham jig putus berkali-kali. Kira-kira 5 hingga 6 Kali putus. Memang tiada rezeki langsung pada Masa itu. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana pengalaman dan perasaan ketika itu. 

Rasa puas dan gembira apabila berjaya menaikkan kerapu mega dari kapal karam yang penuh rintangan.

Setting line rasanya dah cun. Leader flourocarbon 80lb, mainline braided 60lb. 6 Kali ikan ambil, 6 Kali la dia putus. Kebiasaan bila sentapan ikan ini berlaku kita perlu “pump” dengan sekuat hati supaya ikan cepat naik ke atas. Pelbagai gaya dan daya sudah dicuba, dah macam HULK atas bot pump, namun tak sempat berbuat apa-apa. Tusssss tussss meletop sesaja. Sampai tersembam ke belakang. Bagaikan menarik seekor lembu rasanya.

Kira bernasib baiklah dapat menumbangkan binatang ini dengan set slow jigging.

Rasanya dalam 5, 6 ekor tu seekor saja yang bawah 10kg, lain semua atas 10kg.  Kerana pengalaman saya sebelum ini memang tarikan mereka lain kilo lain pickup dia.

Jika boron berkeliaran jauh dari kapal maka tinggilah peluang untuk menaikkannya.

Kalau semua naik tak tahulah bagaimana bahagia dan indahnya dunia saat itu. Bayangkan korang dapat sapu 5 ekor boron 1 trip?… Hohoooohoiiiiii..Puassss…

Peralatan harus mempunyai kekuatan tertentu untuk menumbangkan monster seperti ini.

Tarok makan tarok makan. Dalam 20 minit drift 5, 6 Tong Gas ambil, putus ambil putus ambil. Campur rakan lain yang putus anggaran 9, 10 ekor ada.

Kapal karam yang ditumbuhi teritip dan karang senang-senang saja memutuskan perambut kasar sewaktu berlawan dengan ikan.

Korang pernah tengok video boron dalam #SpearFishingArabic kan, macamtu rasanya masa boron keluar dari kapal.. memang “frenzy” gila Kat bawah tu. Semua makan jig, asal lalu dia ngap! Asal ngap jig lalu..! 

Masalahnya ikan makan sangat dekat dengan kapal karam. Kapal karam tu banyak teritip dan karang melekat, berkarat dan tajam, justeru kalau la size besar yang makan, memang dibawa larinya masuk dalam kapal. Itu kelebihan kepada Boron kapal karam, cabaran pula bagi kita mahu menariknya ke atas. Rasanya banyak yang bertindik dan bersubangkan jig bawah kapal tu. Memang Gangsta betul si Boron kapal.

Bayangkan kerapu masuk ke dalam ruang kapal apabila terkena pancing. Habislah!

Boron berskala besar kalau mereka makan betul-betul sebelah kapal memang tipis peluang nak bawak naik. Yang boleh naik kemungkinan besar ikan itu makan jauh sedikit dari kapal atau jauh sedikit dari karang. Justeru mereka tiada tempat berlindung maka agak mudah nak naikkan mereka. 

Ya bukan rezeki saya. Semua takdir ketentuan sudah tertulis, kalau dia nak bagi dia dah bagi dah.. kalau tak mahu, 10 ekor kena rembat pun tak mau naik.. 

Rasanya jika menggunakan setting heavy contoh mainline 150lb Dan leader 200lb, kalaulah tong gas berskala belasan keatas makan betul-betul sebelah kapal tempat berlindung, masih tetap tak sempat nak tarik mereka keluar dari sarang. Pasti akan putus juga apabila tali bergeser dengan struktur tajam di kapal yang sudah berkarat di bawah. Melainkan pakai ambur @ hand line, itu pun kena pantas.

Di perairan Tanjung Pelepas memang terdapat banyak kerapu saiz boron namun peluang untuk menaikkannya ternyata tipis sekali.
Soft plastic bersaiz monster juga sesuai untuk menjerat kerapu kapal.

Memang setting rod dan reel jigging bukan lawan mereka. Selamba mereka buli anda sesuka hati. Pakailah set bottom kasar sekalipun, memang susah nak bawa naik juga sebab ikan makan sebelah kapal. Tak sempat kita berbuat apa-apa.

Kepada korang Yang berniat mancing Boron di perairan Selatan Johor, berjaga-jagalah pada kapal-kapal Karam punya penangan Tong Gas.

Tahniah pada yang berjaya menaikkan. Yang tidak naik macam saya tidur kaki bersilanglah atas kepala, hahaha!

#Gambar sekadar hiasan.