HCG Darjah Satu
Air Tawar: HCG Darjah SatuPertama kali ajakan dari rakan saya Heng di air Hitam Johor untuk mancing dengan keadah HCG, a.k.a. Heavy Cover Game, diterima saya dengan selamba sahaja kerana dah bertahun-tahun memancing dengan pelbagai cara dan kaedah dari lautan hingga ke paya. Jadi saya anggap tak perlu membuat persiapan dengan set heavy. Hentam saja dengan apa yang ada. Akibatnya…..
Teks & Fotografi: Hagilan Rajentheran
Saya menyambut cabaran dengan hanya berbekalkan set biasa sahaja iaitu joran Abu Veracity 7 kaki dan kekili ATC saiz 3000 dimasukkan tali sulam Power Pro 30 lb dan perambut YGK 40 lb. Namun anggaran saya didapati salah apabila sampai di lubuk HCG tersebut. Padang pancing yang agak luas ini dipenuhi rumpair berduri dari tebing hingga ke pertengahan tasik. Jikalau kita nak cast pun kena redah paras air sampai pinggang sehingga dada dan ditemani lintah besar lagi gemuk yang begitu banyak!
Heng memang dari kecil lagi mancing di sini. Beliau menggunakan joran sepanjang 10 kaki dengan kekuatan 17-30 lbs bergandingan kekili saiz 4000 ATC. Tali sulam sekasar 80 lbs digunakan tanpa sambungan perambut. Set yang memang tegap dan padan untuk lubuk sebegini.
Pilihan umpan Heng ialah katak hidup yang dianggap lebih mengancam berbanding katak getah. Namun saiz katak yang menjadi kegemaran sifu ini memang mengagumkan sehingga matakail saiz 6,7,8,9 diwajibkan! Memang katak monster! Katanya dari Heng umpan besar ikan yang sambar lagi besar. Namun setelah sehari penuh rendam di dalam air, terasa letih dengan hayunan umpan yang berat. Selalunya Heng sasarkan haruan dan toman saiz kasar di sini.
Selepas pulang dari trip ini, pemikiran saya pujuk untuk mendapatkan set HCG pulak setelah menghadapai pengajaran HCG sulung kali. Dah kena racun agaknya hehehe. Apa tidaknya, set yang ada memang tidak layak untuk medan perjuangan yang teramat dashyat ini. Saya perlukan perkakasan yang lebih canggih untuk menguasai permainan ini!
Tunggu brother haruan dan toman. I”ll be back!