Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Inderaloka Papua

Menjejak Badai Monster Black Bass PNG a.k.a Orososa

Ini catatan ekspedisi pertama saya ke dunia yang tidak diketahui, Papua New Guinea (PNG). Memang tak pernah la saya buat kerja gila pancing solo macam ni. Semuanya kerana dah namanya gila pancing dan gila sangat nak rasa hentakan black bass! Tetapi kenapa PNG? Kerana di sinilah dunia black bass bersaiz monster dan berpotensi untuk mencipta rekod dunia. Dah ada peluang, siapa tak nak pergi, kan? Cuma kos sajalah yang aduhmak… mahal gila babi!

Teks & Fotografi : SALIMI MOHD SALLEH

Saya mula-mula berkenalan dan jadi gila terhadap black bass sejak dua tahun lepas. Pada masa itu tak banyak cerita mengenainya, dan saya lebih merujuk kepada pandang pancing di Papua New Guinea (PNG). Setelah berkenalan dengan ramai kawan, barulah saya tahu black bass ini juga dikenali sebagai ‘ikan 5 saat’! Sekiranya anda dapat control ikan buas itu pada 5 saat yang pertama, maka makhluk itu bakal menjadi trofi anda.

‘Welcoming Sing-sing’ dari penduduk kampung bagi memberi keberkatan untuk trip pancingan kami. Bersama makcik-makcik tarian – manoo anak daghoooo eee?

Tapi semakin banyak yang dibaca dan semakin banyak video yang ditonton, black bass ini merupakan ‘ikan 3 saat’! Rentapannya yang rakus mampu memutihkan mata anda. Justeru persiapan peralatan pancing yang utuh diperlukan. Lalu berbekalkan pengalaman memancing black bass di Sabah dan juga Kalimantan, maka saya tetapkan tekad menduganya pula di PNG.

Sportfishing PNG

Tanggal 7 September, isteri menghantar saya ke KLIA dari Melaka. Berjuraian air mata takut laki tak balik, tapi sang laki relaks jaaa… Dari KLIA, saya ke Changi untuk menaiki pesawat kedua Boeinrtakan semasa di Imigresen PNG.

Melepasi pihak Imigresen PNG, saya ambil beg terus ke Kastam. Semua peralatan kena scan. Beg kena buka dan siasat sebab ada barang pancing baru, siap mintak resit lagi! Terpinga-pinga saya kerana tak sangka soalan sebegitu keluar. “Manooo acik adooo simpan resit barang pancing bang…” terpacul la pulak ayat mulut longkang den kek mamat PNG ni.

Selesai pemeriksaan Kastam tanpa masalah lagi, Jia An telah menunggu di legera bawa saya ke guest house untuk sarapan. Semasa di perkarangan, sempat saya bertemu Jason Yip, pemilik Sportfishing PNG – buat kali kedua.

Berhenti sebentar di tepian highway – dua pacuan 4 roda diperlukan untuk membawa kami ke Terapo Lodge, manakala trak yang lagi besar telah pun jalan dahulu membawa peralatan yang lain seperti minyak, makanan, enjin bot.

Bersiap-siap untuk menerjah port pancingan baru. Hati menaruh harapan yang tinggi sekali.

Kali pertama kami bertemu di Yokohama Fishing Show (Jepun) pada Januari 2017, di mana bermulanya hasrat saya untuk menduga monster black bass yang dikenali dengan nama tempatan – Orososa. Jason Yip adalah pemegang rekod dunia menewaskan black bass seberat 20.87 kg (46 paun) pada tahun 2012. Namun rekod tersebut telah pun diperbaharui pada tahun 2015 oleh Brentnall Marshall dengan black bass seberat 21.55 kg (47.8 paun).

Sememangnya saya menyasarkan dua objektif utama buat ekspedisi saya ke PNG ini iaitu ingin mendaratkan black bass 40 paun dan siakap bersaiz 100 cm, sambil menimba ilmu dan bertemu rakan baru. Bersama saya terdapat empat pemancing Itali iaitu Alessandro Massari, Enrico Ghedini, Fabio Resca dan Giuseppe dan seorang pemancing Australia, Brett Knowles. Italian ini baru saja balik dari memancing layaran di Rompin, serta toman dan haruan di negara kita.

Perjalanan kami bermula dari Port Moresby dengan awal kerana mengejar masa untuk memancing separuh hari di Terapo. Lima jam jalan berlubang-lubang, tiada maintenance sebab korupsi. Sakit buntut dibuatnya! Banyak kali kereta berhenti untuk kami meregangkan kaki. Sampai saja, siap ada welcoming sing-sing oleh penduduk tempatan. Kemudian kami bersiap dengan kadar segera – dah tak sabar dah, walaupun ponek laaie…

Korek-Korek Tips

Sepanjang ekspedisi ini, saya memang banyak bertanya Jia An tentang itu ini begitu begini dan juga Brett Knowles untuk mengorek tips memancing black bass. Jia An menyarankan penggunaan perambut sekasar 150 – 200 paun kalau bertembung dengan reba banat untuk mengilat. Kalau kawasan reba itu agak lapang dan semasa trolling contohnya di paloh, mud mound (bukit) atau gutter (alur), perambut 80 – 100 paun memadai.

Gewang killer yang selalu mat saleh Australia sebagai pengunjung setia PNG gunakan pula tiada di Malaysia seperti Oargee, timber handcraft Mark Andrew dan juga Old Dog Lure by Dave Killalea. Corak kaler hijau yang paling menjadi ‘kaw’kaw’, selain ultraman, silver, archer fish dan rastafa.

Suasana masyarakat kampung Papua yang kais pagi makan pagi.

Saya pula bawa sebanyak 160 gewang sebab tak tahu game dia macam mana. Semuanya selam dalam dari 5 – 8 meter. Semua yang menjadi di Sabah dan Kalimantan saya bawak. Halco Scorpion, Duo Fangbait, Duo G87, Zerek Tango Shad, Deps Cascabel, Deps Kickbacker, Nories Shot Over, Ofmer Xdeep dan lain-lain. Ni tak masuk pelbagai kaler lagi!

‘The One Second Fish’!

Dipendekkan cerita, pada hari pertama sahaja sudah mendapat salam perkenalan yang hebat. Jia An sebagai boatman saya sedang manuver bot dengan perlahan untuk trolling di satu kawasan yang selalu kena siakap. Sonar fishfinder hanya menunjukkan kawasan mendatar dan yang ada hanyalah mud mound (bukit) – tiada reba dan tiada ikan. Kami trolling di bawah kehangatan panas terik mentari.

Hiway PNG – lubang adalah perkara biasa.

Borak-borak kosong sambil mata asyik memandang sonar. Tanpa diduga, satu rentapan yang sungguh ganas mengejutkan saya dari lamunan. Belum sempat berbuat apa-apa, tali menjadi kendur. Saya sangkakan reba… Saya gulung semula tali dan dapati perambut Fisherman 170 paun telah habis putus digigit sesuatu. Jia An segera memeriksa perambut tersebut dan terus geleng kepala. “Mate you just lost a Monster! That was *%#*# huge black bass mate!”

Saya hanya mampu melopong. Pada pengiraan saya, fight tadi tak sampai pun sesaat! The one sekeng momeng! Begitulah senario kami (saya dan Brett) untuk hari-hari berikutnya. Kena jer strike, fight tak lama. Macam-macam hal – tali putus, perambut putus, ikatan gagal, mata tiga kangkang… Dah lah banjir di hulu yang mana air sungai semakin keruh. Bila dah kena strike, ini macam pula gayanya. Frust betul!

Terapo Lodge – tempat persinggahan kami selama 5.5 hari.

Setiap kali kena strike (sama ada ikan atau reba), kita hendaklah periksa perambut dan juga tali utama. Saya banyak kali kena ikat semula perambut. Bayangkan dalam keadaan bot yang bergoyang, reba dan spot yang berpotensi, dan juga sonar (fish finder) yang bising mengatakan ada ikan di bawah, bolehkah anda ikat FG dengan sempurna? ‘Kancheong spider’ tau! Di sinilah kelemahan saya – tak mampu ikat FG dengan sempurna, teguh dan mantap lagi cepat! Saya juga tak pandai gunakan bobbin.

Dari pemerhatian, rakan saya dari Australia ini lebih suka guna ikatan Albright-7 turn. Kebiasaannya beliau menggunakan 5 turn apabila memancing di Brisbane, Australia. Sambungan pada gewang pula lebih kepada loop knot dan tidak menggunakan cili (snap atau swivel) seperti kita di Malaysia. Beliau sendiri terkejut apabila saya menggunakan cili beserta gegelung cincin (split ring) pada gewang saya.

Akhirnya saya terpaksa mengalah dan belajar cara mengikat Albright yang sempurna dari Brett. Pesanan beliau, tag line atau hujung perambut hendaklah dipotong secara menyerong agar tidak mengganggu semasa lontaran dibuat. Tapi tak perlu risau sangat sebab anda bukannya memancing dengan joran micro guide.

Memecut ke lubuk orososa dan oruva.

Kasi Bising?

Hari kedua terakhir kami mudik ke hulu. Perjalanan dijangka 2 jam, tapi boleh jadi 3 jam sekiranya banyak kayu balak yang terpaksa ditempuhi. Namun pada awal suku perjalanan, kami terpaksa batalkan niat kerana air semakin kotor dek banjir di hulu. Jia An berhenti di satu spot yang telah banyak kali membuahkan hasil. Di depan kami ada reba kayu melintang dan juga drop-off yang dalam. Sauh dijatuhkan dengan bising sekali (hairan, kan?).

Nampaknya sangat berbeza dengan corak permainan di Malaysia. Kalau di tempat kita, kena main black bass macam kelah – senyap. Dari jauh dah kayuh dengan pendayung. Kalau baling dan sangkut kat reba, jangan harap ada ikan lagi selepas kita lepaskan gewang.

Papuan black bass kat sini dikatakan tak takut, tapi sangat cerewet. Kelebihan dengan adanya sonar, kita tahu dia ada di dalam reba. Dari imej susuk badan, saiz dan kedudukan dalam air, kita dah tahu yang mana satu black bass (bawah) atau siakap (mid water column).

Yang terbaru dari Sportfishing PNG, mereka akan gunakan sonar HDS Lowrance – yang mana imej akan keluar lagi jelas, dah macam 4D scan masa tengok baby! Mengikut stail boatman Jia, dia akan parkir secara bersauh pada satu sudut dan akan cast selama satu dua jam.

Dapat juga aku merasa tarikan padu PNG black bass! Kancheongggg wa cakap luuu…

Sekiranya tidak makan jua, beliau akan mengubah kedudukan bot pada sudut yang berlainan sehingga ikan makan. Jia juga akan membuat bising. Menghentak bot dengan batang kayu, menghempas sauh dengan rantai ke lantai bot secara kuat. Hatta melanggar reba secara sengaja. Lain bukan?

Cer buat kat Sabah – mau kena hambat! Tak pun ada jugak mata tiga yang sangkut kat kepala atau tang telinga. Tujuan tersebut adalah untuk mengejutkan black bass dan membuat mereka merasa marah lalu mengambat gewang yang disuakan.

Sekiranya tidak berjaya juga, barulah beliau keluarkan teknik rahsia beliau. Ikan tilapia sebesar tapak tangan untuk membuka selera. Live baiting secara berkoyan! Malah ada pemancing yang menggunakan Stella 20000 semata-mata untuk livebaiting sahaja. Tak cayo? Jangan cakap acik tak payung!

MJ lagi! Mano black bass nie…

Realiti Sebenar

Janganlah anggap senang nak dapat black bass ni, walaupun di kawasan terpencil sebegini. Video dalam YouTube tu hanyalah ilusi semata. Kerja sebulan di-edit-nya dalam beberapa minit. Yang tak ditunjuknya air keruh, hujan lebat, petir sabung-menyabung, agas, nyamuk, malaria, cirit-birit, demam, jaringan jaring orang kampung, masalah perompak dan penyamun, perubahan angin, kejatuhan tekanan barometrik serta faktor lain yang menjejaskan trip memancing.

Dua tiga hari memancing belum cukup. Apatah lagi dekat seminggu seperti trip kami. Hanya pada hari terakhir barulah kami dapat merasa air yang menghijau. Tapi apakan daya, masa tak mengizinkan. Air hijau inilah yang menyaksikan saya lucut dua monster siakap di birai bot. Yang mana telah mengangkangkan ketiga-tiga mata tiga BKK Raptor Z bersaiz 1/0.

Tanjat Boboy!

Sekarang sonar memang mengatakan ada sekumpulan black bass. Hati berbunga penuh harapan. Memikirkan esok hari terakhir memancing, maka inilah momen yang dinantikan. Brett memulakan balingan ke tebing tepi mensasarkan batang kayu balak yang tumbang. Saya pula diarahkan melontar ke tengah sungai untuk menduga drop-off yang dalam. Saya gunakan gewang Duo G87 20A yang dikarau secara perlahan bagaikan nak main kerapu.

Laluan sempit sampai kena angkat bot melepasi balak tumbang.

Terasa dasar sungai disodok-sodok. Karauan perlahan diteruskan dan saya mula terasa paloh yang dikatakan oleh Jia An. Karauan selanjutnya terasa tebingan dasar sungai kembali berserta hentakan pada reba kayu. Saya biarkan ia terapung sebentar dan belum sempat saya mengarau semula, satu rentapan padu dirasai di hujung joran. “Makkk aii… Tanjat Boboy!”

Benaman cukup padu sampaikan joran Jungle Feed PE 8 pun bengkok menjunam ke dalam air. Saya pula sudah terkial-kial di birai bot menahan junaman demi junaman ke arah reba. Pam jangan tak pam! Kipidap don gibap! Yuudemeng!!! Saya dah panik sebenarnya!

Tapi nasihat serta tunjuk arah yang diberikan oleh Jia An dapat membendung kancheong saya. Suasana panik menjadi tenang semula. Maklum la, dah 3.5 hari kami dibuli oleh black bass. Dengan tenang dan perlahan saya mula mengepam joran kembali. Sekali ikan naik, saya melompat kegembiraan kerana memang sah nampak kelibat black bass yang diidamkan.

Perjuangan belum selesai! Bimbang kerana banyak kali dah rembatan terakhir di birai bot memutihkan mata ramai pemancing. Saya layankan dengan tenang. Jia An cuba menyauk, tapi dia masih degil lagi. Saya mainkan lagi. Akhirnya dengan tenang Jia menyauk ikan masuk ke dalam sauk.

Akhirnya Alessandro berjaya juga menaikkan Papuan black bass 20 paun setelah banyak kali dibuli.

Saya melompat-lompat macam monyet di dalam bot sambil menjerit sekuat hati! Mcm tak percaya akhirnya dapat seekor Papuan black bass. Ikan taklah sebesar monster yang diharapkan tapi cukup besar buat diri saya. Berat 12 paun oleh Boga Grip. Setelah selesai sesi foto, ikan dilepaskan semula.

Perambut dan tali utama diperiksa semula – OK dalam keadaan baik. Tapi mata tiga Decoy YS 81 di belakang didapati sudah kangkang. Jia An menegur, “mate, that treble wont be able to hold a 20 pounder!” Mak aii… 12 paun pun dah tarik macam kobau, apa lagi 20 pounder! Detik hati kecil saya. Saya terus tukar kepada BKK Raptor Z.

Balingan kali ketiga, saya strike lagi di reba yang sama. Ikan menghentam gewang apabila saya biarkan ia kembali terapung selepas terkena reba. Kali ni saya tak bagi can langsung – pam sampai habis. Black bass kedua saya berukuran 6 paun. Aishhh… sudah dapat dua black bass a.k.a Orososa.

Monster Oruva : 129 cm

Kami ke Barra alley lagi, tepian bakau ini telah banyak menghasilkan ikan seperti siakap merah, siakap, GT dan juga black bass. Saya menggunakan gewang DUO Fangbait 120DR versi SW kaler pilchard. Gewang dilemparkan 10 meter ke belakang bot. Joran diaangkat pada sudut yang tinggi bagi memastikan ruang yang cukup untuk membalas strike ikan.

Gewang terasa seperti disapa halus seperti terlanggar dahan pokok tenggelam, lalu saya menggoyangkan joran secara perlahan. Tanpa diduga, tindakan saya tadi terus diragut dengan kasar. Saya terus strike!!!

Fish On!!! Jerit saya. Saya berdiri dengan segera – kali ini tak mahu dibuli lagi. Harapan berbunga tinggi mengharapkan monster black bass. Saya strike 2 – 3 kali, lalu ikan menghambur di permukaan air. Berdebushhhhh… sungguh besar percikan air. Tergamam saya seketika melihat betapa besarnya kepala ikan tadi. Brett menjerit “Monster Barra!”.

Taxi air buat penduduk kampung – sendat sampai ke tepian birai. Bot terpaksa diperlahankan apabila bertemu bot-bot kampung bagi mengelakkan kejadian bot terbalik akibat ombak.

Bot dengan segera dibawa ke tengah sungai. Drag kekili saya longgarkan secara berperingkat kerana teringat yang Alessandro telah banyak kali kehilangan siakap akibat drag yang terlalu ketat. Lompatan demi lompatan dilakukan oleh siakap tersebut. Sambil itu Brett memberi tunjuk ajar cara memainkan ikan barra monster saiz ini. Memang saya sungguh kalut masa ini.

Akhirnya ikan dapat juga disauk oleh tekong. Saya menjerit kepuasaan! Sesi bergambar bermula. Nak dijadikan cerita, pita pegukur dari jenama Shimano tidak cukup panjang untuk mengukur ikan saya – ekornya terjuih keluar.

Pada petang itu saya mendapat seekor siakap bersaiz 119 cm. Senyuman terukir dari hujung pipi ke hujung pipi – manoo lagi nak dapat 2 ekor monster barra bersaiz lebih 100 cm dalam masa satu hari?

“Rendam jangan tak rendam rod tuuu…” Tersembam ke birai bot adalah lumrah biasa di sini. Ini baru barra kecik.

*Jika berminat memancing di PNG, anda boleh hubungi atau layari www.sportfishingpng.net atau facebook : Sport Fishing PNG atau boleh hubungi agen tempatan : East Borneo Sport Fishing.

SKETSA ORANG PAPUA 

Ingin saya cerita sikit into tentang kehidupan orang Papua. Mereka ini ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Sekiranya anda faham peribahasa ini, maka begitulah kehidupan mereka. Mencari ikan dan ketam di paya bakau, memancing dalam dug out canoe buatan tangan masing-masing – kecil sahaja tak muat untuk buntut saya yang lebar. Ada masa mereka menyambung dua kanu untuk dijadikan seperti catamaran – bagi mengangkut kayu api untuk memasak dan sagu yang telah dituai. Kanak-kanak Papua ceria betul apabila melihat kami menghimpit ke tebingan sungai. Berlarian merebut gula-gula yang disuakan. Ada juga yang membawa labi-labi untuk dijual, keluang untuk dimakan, serta hasil kraftangan ibu mereka.

Masyarakat Papua di sini suka mengunyah buah pinang, seperti orang India makan di tempat kita, cuma perbezaannya tiada daun sirih. Tiga bahan utama mereka ialah kapur, buah pinang dan juga kacang mustard (seiras kacang buncis). Itulah yang dikunyahkan mereka seharian. Kesan macam mana? Macam minum air daun ketum atau livita, ber tenaga. Malah serat buah pinang digunakan juga oleh mereka untuk menggosok gigi pagi hari.

“Yezzzaaaaaa!!!” My personal best – 129 cm; yang juga merupakan rekod terbaru bagi siakap Terapo Lodge.

Alessandro menggunakan gewang jointed dari Intravia Lure, gewang selaman cetek yang dipadankan dengan BKK single hook.

‘Mama jenab’ hasil casting di reba. Saiz sungguh memukau mata.

Orang Makan Orang?

Kanibalisme? Tak pasti. Tetapi perang antara puak (tribal wars) dikhabarkan masih ada di kawasan pergunungan. Kalau dahulu, parang tombak dan panah. Sekarang ni mereka berperang secara moden dengan menggunakan AK-47! Kau bunuh tiga orang puak aku, maka mereka akan pastikan mereka dapat membunuh empat orang puak yang lain pula.

Malah dikhabarkan masih ada puak-puak yang tak pernah melihat dunia luar, terutama di pedalaman PNG. Mungkin mereka masih memgamalkan kanibalisme (orang makan orang). Tak banyak, tapi masih wujud. Dan nak jadikan cerita, kawasan yang mereka diami pula telah dikenal pasti menyimpan saiz monster orososa (black bass) dan juga oruva (siakap). Anda berani?

Menurut warga tempatan, masih banyak lagi black bass bersaiz 70 – 80 paun dan juga siakap bersaiz lebih 150 cm! Hatta tekong bot saya sendiri, Francis pernah menaikkan siakap bersaiz 170 cm! Anda tak percaya? Datanglah ke PNG dan alami sendiri pengalaman yang unik ini. 

Monster oruva kedua saya – panjang 119 cm. Mana lagi nak dapat monster siakap lebih 100 cm dalam sehari, kalau bukan di PNG.

BAJET ‘RABAK POKET’ PNG 

Kos yang perlu dikeluarkan ialah bayaran sebanyak :

  • AUD 4600 untuk tinggal di lodge (RM 15,600).
  • Penerbangan MAS ke Singapura (RM 500).
  • SGD 1700 – 2000 untuk penerbangan Air Niugini – satu-satunya penerbangan dari Singapura (RM 5,600)
  • AUD 10,000 untuk harga trip di Sg. Aramia, Fly, Kikori dan lain-lain (RM 34,000)

Jadi jumlahnya lebih kurang RM 21,500!

Kenapa Mahal?

  1. Mendapat hak eksklusif ke sungai pedalaman yang jauh terpencil.
  2. Pembayaran kepada pelbagai kampung untuk kerja-kerja komuniti seperti perubatan, gereja, sekolah dan lain-lain.
  3. Kos minyak yang mahal
  4. Makanan dan sayuran mahal
  5. Segalanya mahal laaaa di PNG ni – hatta sekeping roti canai pun berharga RM 15 sekeping!

Peralatan

Memancing PNG black bass juga jangan kedekut dan belanjanya memang kasaq weh! Kena sediakan Joran PE 8 – 10, kekili perlu upgrade kepada saiz 300, 400. Drag kena tukar, kekili kena servis tip top. Kekili / baitcaster saya semuanya dihantar ke TK Lim dari Anglers Central, Petaling Jaya.

Peralatan yang saya bawa ialah :

Kekili : Komododrag 14.5 kg oleh TK Angler Central, Tail Walk Super Elan Wide dan Komodo SS

Joran : Jungle Feed PE 8, EBSF Tumaring Special PE 4 – 6, Bone Combat Beast travel rod PE 1 – 4

Tali UtamaTuff Line 100 paun, Varivas SMP 90 – 120 paun

Perambut :  Varivas 100, 130, 170, Fisherman 170 paun

Cili :  NT saiz 1, 1/0, 2/0

Gegelung Cincin (split ring) : BKK 150 paun, Yarie 100 paun, Owner 100 paun

Mata Tiga : BKK Raptor Z saiz 1, 1/0, 2/0, Decoy YS 81 saiz 1, 1/0, Ichikawa Kamakiri.

Dah berapa belanja tu? Tak masuk lagi gewang, aishhh! Berapa banyak duit tabung raya anak-anak saya yang telah pecah daaa..

Ubatan

Memandangkan PNG adalah negara yang mundur dan terpencil, jangan lupa bawa ubatan seperti anti malaria. Namun stok ubat anti malaria agak sukar diperolehi. Saya sarankan anda ambil malarone atau lariam. Jangan ambil doxycycline kerana anda boleh dapat photosensentivity – dapat alahan kulit kalau kena panas terik berpanjangan. Bawa juga ubatan lain untuk cirit birit, tahan sakit, Yoko-Yoko dan lain-lain yang diperlukan.

Papuan Kina

Mata wang PNG ialah Papuan Kina, di mana 100 Papuan Kina bersamaan dengan RM 135. Papuan Kina lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia (RM), malah Saudi Riyal kerana PNG mengeksport emas, minyak, LPG dan balak. Bahkan 10 tahun lepas, mata wang Kina sama kuat dengan Dollar Australia.

Pit stop untuk memberi sedekah gula-gula di kalangan kanak-kanak kampung.

Pasar karat di satu tempat R&R.

Hati terasa sayu melihatkan mereka mencari kayu api untuk memasak.

Saya sudah sampai, anda pula bila lagi?

Galeri Sportfishing PNG – gambar-gambar monster Orososa dan Oruva yang memang mampu melelehkan air liur anda!

“Boleh pulak dia gigit antara dua treble nie…” Memang pandai black bass kat sini.