Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Jejak Tiong Sarawak

Salah satu spot toman mega yang hanya terletak dipinggir bandar Kuching sahaja.
Bila cuaca cantik maka tibalah masa geng kami komlot bersama.

Toman atau Channa micropeltes namanya cukup sinonim bagi penggemar sukan memancing terutamanya kaki mengilat atau casting. Di sarawak tidak kurang juga ceritanya mengenai spesies asing yang dipanggil IKAN TIONG ini. Toman di Sarawak terutamanya di Bandar Kuching sudah bukan rahsia lagi kerana sudah banyak caster menaikkannya. Ada yang sanggup datang jauh dari Miri, Bintulu, Sibu sehingga Singapura dan Brunei semata-mata untuk mencuba nasib memujuk spesies terhandal yang jarang terdapat di lain-lain tempat di Pulau Borneo ini.

TEKS & FOTOGRAFI: JEBAT FIRDAUS ARHYIEEM

Di Sarawak toman ada nama panggilan sendiri bagi penduduk kampung iaitu ikan Tiong(bukan burung tiong ya haha!). Saya sendiri pun kurang pasti kenapa gelaran itu diberikan kepada ikan toman. Sepanjang pengatahuan saya toman telah wujud di Sungai Sarawak sejak awal tahun 90an akibat terlepas dari kolam ternakan.

Di Sarawak kebiasaan toman akan membawa anak pada awalbulan Julai sehingga penghujung bulan Oktober. Dalam jangka masa tersebut agakmudah untuk kita menjerat toman yang bersaiz kasar lantaran toman yang membawaanak lebih garang dari biasa.

Bila tiada masa untuk turun dengan bot, bolehlah mencubaspot land based berdekatan bandar.

Set yang kami gunakan untuk memujuk sang kepala ular kebiasaannya rod 10-20lb atau 8-17lb manakala tali pula kami biasa menggunakan 20lb sehingga 40lb. Tali 20lb didapati kurang yakin untuk menahan asakan sang ikan tiong terutamanya apabila memancing di kawasan yang berumpair. Gewang pula geng kami lebih kepada jenis permukaan. Ianya didapati lebih efektif berbanding gewang selaman dalam. Bagi saya aktiviti memujuk toman ini lebih menarik jikalau sambaran dari permukaan air. Tanyalah pada mereka yang gemar memujuk toman pasti juga lebih berminat dengan “top water game”.

Di Bandar Kuching juga terdapat toman yang mendiamikawasan air masin. Satu fenomena yang agak ganjil untuk spesies air tawar ini.Toman yang mendiami kawasan air masin agak sukar untuk dipujuk. Boleh dikatakanbanyak juga caster di kuching masih gagal untuk memujuk toman air masin. Sayamungkin bernasib baik dapat memujuk toman air masin tetapi saiz bujangan. Dikawasan tembok ini terdapat pelbagai spesies ikan muara seperti selunsung(siakap),siakap merah atau lebih dikenali dengan jolokan MJ dan banyak lagi. Kewujudanikan tiong di sini tetap menjadi misteri.

Lubuk toman yang berada di tengah-tengah kota ini menyerupai lubuk toman di Sungai Kedah.

Kini beberapa buah daerah di Sarawak telah dikenalpasti dengan kewujudan toman terutamanya Miri, Sarikei dan Labuan. Termasuk juga jiran kepada negara kita iaitu Brunei. Toman sudah lama bermastautin di Brunei terutamanya di kawasan empangan dan telah menarik minat ramai caster tempatan dan luar negara untuk menjerat spesies ini. Batong, sebuah kampung di daerah Brunei dan Muara juga terkenal dengan tomannya sehingga saya sendiri pun pernah banyak kali bertandang jauh ke situ.

Berbalik kita dengan Sungai Sarawak, apabila kami membuattrip untuk memujuk toman menggunakan boat, risiko yang kami kena hadapi adalahBUAYA. Sungai sarawak memang terkenal dengan buayanya. Jika air surut pastianda dapat lihat buaya yang santai di sepanjang tebingan sungai. Kebanjiranbuaya bukan perkara baru di bumi kenyalang. Namun bagi saya ini bukanpenghalang untuk saya turun menduga sang toman. Walau bagaimanapun kes manusiadiserang buaya di kawasan Sungai Sarawak sangat jarang berbanding sungai-sungailain di Sarawak. Yang penting kita jangan sombong!

Toman Sarawak juga dipanggil “Ikan Tiong” oleh orang tempatan.
Apabila gewang pensil gagal, janggut juga berkesanuntuk memujuk spesies asing ini.

Pada musim penghujung tahun begini agak susah untukmelihat kelibat toman membawa anak bersiar-siar di sepanjang sungai. Maka kitaperlu memasuki lubuk di dalam cabang-cabang sungai untuk mencari toman. Di situpemancing boleh mencuba gewang dan teknik yang berlainan bergantung kepadastruktur lubuk termasuk gewang permukaan, gewang selaman dalam dan juga tekniktrolling.

Seekor lagi Ikan Tiong yang dinaikkan di salah sebatang anak sungai melalui Buzzbait.
 “Toman laut” yang hidup bersama siakap dan siakapmerah boleh dipancing dari kawasan berbatu di tepi sungai.

Sekian kisah toman Sarawak untuk kali ini. Seandai berpeluang saya akan kongsikan lagi cerita spesies lain yang mendiami Sungai Sarawak. Sehingga jumpa lagi!