Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Jualan Akhir Tahun 2017 TCE Tackles

Acara yang ditunggu-tunggu menjelang penghujung tahun sudah pastilah Jualan Akhir Tahun! Lebih meriah dan hebat berbanding penganjuran tahun sebelumnya, Jualan Akhir Tahun 2017 TCE Tackles bermula 15 Oktober 2017 hingga 1 Januari 2018 di semua 97 cawangan TCE Tackles seluruh negara. Jualan Akhir Tahun 2017 dijalankan serentak bersama Karnival Cabutan Bertuah Bonanza kali ke 9 dengan pelbagai tawaran hebat yang berganda dan pelbagai hadiah untuk dimenangi oleh pelanggan yang bertuah.

Cabutan Bertuah Bonanaza

Cabutan Bertuah Bonanza yang berlangsung sepanjang Jualan Akhir Tahun 2017 melibatkan cabutan bertuah pusingan ke-2 yang berlangsung di Cawangan Alam Megah dan pusingan akhir di cawangan Lunas. Berbelanja RM 50 dalam satu resit dan anda berpeluang untuk menyertai Cabutan Bertuah Bonanza yang memungkinkan anda membawa pulang 195 hadiah bulanan dan 7 hadiah utama yang menarik. Jika anda bertuah, anda mungkin menjadi pemenang hadiah mega yang lumayan pada pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember 2017. lebih daripada 590 hadiah dengan nilai keseluruhan sehingga RM 119,000 termasuk peralatan memancing, aksesori dan kayak untuk dimenangi.

Diskaun Hebat

Jualan Akhir Tahun 2017 juga melibatkan diskaun hebat lebih daripada 50% barangan memancing dan aksesori yang terdapat di semua cawangan TCE Tackles. Dapatkan barangan memancing idaman anda dengan harga diskaun dengan segera sebelum kehabisan stok. Selain jualan hebat dan diskaun harga yang menarik, pelanggan juga berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah percuma sepanjang Jualan Akhir Tahun 2017 berlangsung. Dapatkan juga poster ikan dan kalendar secara percuma apabila membeli belah di semua cawangan TCE Tackles.

Acara Sampingan

Selain itu, pelbagai acara sampingan lain turut berlangsung sepanjang carnival dijalankan. Aktiviti jualan, permainan serta aktiviti sampingan yang menarik sepanjang Jualan Akhir Tahun 2017 berlangsung dijangka mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan. Jangan lepaskan peluang ini dan jadilah pelanggan yang bertuah untuk memenangi hadiah Cabutan Bertuah Bonanza yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan dapatkan pelbagai barangan dengan diskaun yang hebat sepanjang masa ketika berlangsungnya Jualan Akhir Tahun 2017 TCE Tackles.

Sebarang pertanyaan sila hubungi TCE Tackles Sdn Bhd Tel: 04- 484 1628, 484 4524