Karnival Cabutan Bertuah Bonanza kali ke-9 Kembali Lagi
Karnival Cabutan Bertuah Bonanza kembali lagi! Untuk tahun kesembilan, Karnival Cabutan Bertuah Bonanza kembali menemui pelanggan setia TCE Tackles seluruh negara. Mendapat sambutan yang menggalakkan sepanjang karnival berlangsung tahun lepas, tahun ini dijangka berlangsung lebih meriah dan heboh. Cabutan tahun ini masih menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan untuk dimenangi dengan nilai keseluruhan sehingga RM 119,000 !
Hadiah Lumayan
Masih mengekalkan format yang sama, cabutan bertuah akan dilakukan setiap bulan sepanjang karnival berlangsung. Lokasi pertama yang menjadi lokasi cabutan bertuah adalah di TCE Tackles cawangan Matang Jaya. Pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah bulanan yang menyediakan sehingga 195 hadiah untuk setiap pusingan cabutan dengan lebih daripada 590 hadiah terkumpul untuk dimenangi. Seterusnya cabutan bulanan akan berlangsung di cawangan Alam Megah dan berakhir di cawangan Lunas.
Hadiah Utama & Hadiah Mega
Pusingan akhir cabutan bertuah berlangsung di TCE Tackles Lunas adalah kemuncak acara. Selain daripada menawarkan hadiah bulanan, cabutan pusingan terakhir ini juga akan menawarkan hadiah 7 hadiah utama serta satu hadiah mega yang lumayan untuk direbut. Untuk menyertai cabutan bertuah bonanza ini sangat mudah.Pelanggan yang berbelanja minimum RM 50 dalam satu resit sepanjang Karnival Cabutan Bertuah Bonanza berlangsung mendapat satu peluang untuk menyertai cabutan bertuah ini.
Nantikan
Selain itu, pelbagai acara sampingan lain turut berlangsung sepanjang carnival dijalankan. Aktiviti jualan dan permainan yang menarik sepanjang karnival dijangka merancakkan lagi karnival tahun ini. Jangan lepaskan peluang dan jadilah pelanggan bertuah yang membawa pulang hadiah bulanan, hadiah utama dan hadiah mega yang ditawarkan. Nantikan Karnival Cabutan Bertuah Bonanza 2017 yang akan berlangsung di kawasan anda bermula 01/09/2017 hingga 30/12/2017 ini. Berbelanjalah dan anda mungkin menjadi salah seorang yang bertuah!