Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Korek Kertang Maldives

Kertang sememangnya ikan sasaran yang menjadi kebanggaan peminat Slow Jigging.
Perairan Maldives dipercayai masih kaya dengan populasi Kertang namun bukan senang untuk mencari lokasi lubuknya.

Maldives adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan pemancing merata dunia, terutama pemancing yang menggemari teknik popping. Negara yang terbentuk dari ribuan pulau ini merupakan salah sebuah lubuk terbaik buat spesies GT.

Speedboat telah menjadi kegemaran kami kerana cepat bertukar tempat dan lebih mudah untuk mencari lubuk kertang.

Tahun lalu tepatnya bulan September 2018 saya dan teman-teman Indonesia berkesempatan berkunjung ke sana. Waktu itu kami juga fokus kepada teknik popping dan hasil trip itu cukup memuaskan. Banyak GT berjaya kami daratkan dalam trip tersebut. Termasuk Dogtooth dan Sailfish bersaiz sekitar 40 kg yang di taklukkan oleh Bayu dan Sugianto.

Kes menaikkan Dogtooth pada waktu siang semakin kurang. Kini ia lebih biasa dipancing menjelang waktu malam berpandukan lampu terang.
Semua spesies Kerapu rata-rata mudah dijerat dengan Slow Jig.

Untuk trip kedua kalinya ini tepatnya di bulan November 2019, bersama teman-teman Malaysia yakni Kang Kim Soon, Kam Wai Hon dan Chan Thian Sang dengan tujuan untuk memcuba teknik Slow Jigging pula.

Gabungan pemancing Indonesia dan Malaysia berjaya membongkar rahsia Kertang Maldives.
Lubuk yang didiami Kertang pasti juga terdapat spesies Ruby Snapper.

Sebelum kami berangkat ke sana saya terasa yakin dengan teknik ini khasnya untuk mencari Kertang atau Black Grouper yang jarang-jarang disasarkan oleh pemancing yang lain berdasarkan beberapa faktor negatif.

Satu lagi spesies Kerapu yang dijumpai di perairan Maldives.
Banyak spesies terumbu karang kecundang apabila bot hanyut ke kawasan cetek.

Faktor pertama adalah Kertang biasanya berada di kedalaman 150 meter sampai 300 meter manakala kebanyakan pemancing biasanya hanya beraksi di kedalaman kurang dari 150 meter sahaja.

Kertang bersaiz kecil juga berani membaham jig kasar.

Faktor kedua adalah umpan Jig. Umpan jig yang kami gunakan seberat 500 gram sampai 1000 gram. Jig yang cukup berat dan kasar ini sering membuat pemancing kurang berminat untuk mencubanya. Pada hakikatnya kita memerlukan jig yang cukup berat supaya lebih cepat mencapai dasar yang dalam dan dapat bertahan dalam arus deras.

3 spesies yang gemar berkongsi lubuk berair dalam di sekitar pulau-pulau cincin.

Harus diketahui bahawa Kertang adalah jenis ikan yang sentiasa berada di dasar laut untuk hidup dan mencari mangsa. Jadi ketika jig kita menyentuh dasar laut pada waktu itulah Kertang menyambarnya. Ini berarti kita harus selalu memainkan jig di dasar laut dan memastikan umpan jig senantiasa tegak lurus di bawah kapal dan ini membuat kita lebih nyaman memainkan aksi Jig tersebut. Bayangkan kalau kita menggunakan jig yang ringan, sudah pasti ia akan melayang jauh dan sukar untuk sampai ke dasar.

Tuna Sirip Kuning hanya dapat dipancing apabila jig bergerak berdekatan permukaan.
Kerapu hitam didapati sangat aktif menjelang cuaca mendung.

Faktor ketiga adalah set pancing.

Set pancing untuk memancing di air yang sangat dalam, tentunya kekili yang mampu menampung tali PE 3 sekurang-kurangnya 800 meter agar kekili masih tetap boleh digunakan walaupun mengalami putus tali beberapa kali pada saat memancing. Dan joran pula harus cari spesifikasi yang mampu memainkan jig sehingga 800g/1000g beratnya.

Di sebuah lubuk yang belum merasai tekanan memancing, ikan yang dipancing sentiasa dirompak monster yang berkeliaran di sekitarnya.

Faktor yang terakhir adalah stamina.

Kerapu Bara Swallow Tail yang bersaiz besar menandakan habitat yang masih belum mengalami pencemaran dan gangguan manusia.

Stamina pemancing sangat diuji sekali untuk memancing di air yang sangat dalam khususnya target Kertang. Bayangkan setiap kali kita menurunkan jig , kita harus mengulur dan menggulung tali sekurang-kurangnya 200 sampai 300 meter. Walaupun slow Jigging di laut dalam amat mencabar ketahanan pemancing, namun semuanya akan menjadi berbaloi apabila Kertang seberat 10 hingga 40kg membaham jig anda.

Satu-satunya spesies yang jarang dijumpai di perairan Maldives biarpun terkenal dengan kesuburan ikannya.

Demikianlah pengalaman yang mampu saya berkongsi dalam trip kami kali ini.Semoga dapat memanfaatkan pembaca yang berminat untuk menceburi bidang ini.

Lebih sedap duduk di atas pulau daripada bot Safari.

Dan bagi anda yang berminat bertandang ke Maldives, mahupun ingin mencuba teknik popping ataupun jigging, silakan hubungi saya di :

Handphone/WhatsApp +62 813 4532 5198

Facebook : trip.KINGFISHER.skw

Youtube : KINGFISHER SKW