Membulu Kerlieng Aceh

Perkenalkan nama saya habibi/bibie saya asli berdarah Aceh hujung Sumatera lndonesia. Memancing adalah hobi saya sejak kecil. Saya lebih suka berpetualang ke daerah pergunungan. Bahkan sekali-kali main di lautan. Tetapi saya lebih sering main di air tawar terutamanya di sungai daerah pedalaman hutan belantara kerana suasana di sana lebih tenang dan pemandangan pun sangat indah. Target utama saya adalah ikan kelah yang dipanggil ikan kerlieng di daerah saya.


TEKS & FOTOGRAFI: BIBIE FISHERHOLIC
Pada saat musim kemarau tiba, saya paling suka memancing spesies arus deras ini. Untuk mendapatkan tarikan spesies ini rata-rata para pemancing menggunakan umpan buah sawit, ubi, jambu pinggir sungai, kecoa(lipas), ulat kayu, cacing dan berbagai umpan lainnya.
Tetapi bagi saya untuk mendapatkan species ini saya lebih suka guna teknik casting.

Umpan casting yang saya pakai saya buat sendiri. Saya pakai umpan bulu ayam. Umpan bulu ayam sudah lama terkenal di daerah saya. Sejak dulu-dulu lagi penduduk di sini sudah pandai menggunakan umpan bulu ayam untuk memancing ikan.
Gewang handmade ini saya buat dengan 7 helai bulu ayam dipotong dengan kepanjangan 5cm kemudian saya sediakan pemberat atau timah 15-25gram. Timah 15gr sesuai digunakan di perairan yang agak tenang dan timah 25gr pula sesuai untuk air agak deras.
Bulu ayam kemudian dipasang di atas timah menggunakan pepelakt cap kambing. Pelekat ditaburkan di sekeliling timah kemudian saya tempelkan bulu ayam di sekeliling timah dan biarkan ia kering buat seketika. Selepas itu tabur lapisan pelekat kedua. Kemudian ambil tissu dibakar buat ambil debu tissu bakar untuk ditabur di sekeliling timah yang sudah ditempel bulu ayam supaya cepat kering. Tunggu sekejap biar kering barulah dipasang mata kail.

Mata yang saya pakai ialah Daichi DH54 No.06. Dua bilah mata kail digabungkan dengan tali PE 5. Panjang tali PE kira-kira ukuran bergantungan di hujung bulu ayam. Cara pasang gewang bulu ayam tinggal masukkan perambut ke lubang timah kemudian diikat di tengah-tengah tali PE yang sudah diikat mata. Pastikan mata bergantungan di hujung bulu.
Cara persembahan gewang bulu ayam lebih kurang sama dengan gewang biasa. Lempar ke lokasi berpotensi dan biarkan tenggelam seketika sebelum mengarau dengan perlahan-lahan sambil sentak joran.
Tehnik ini sering berjaya mendapatkan ikan kerling. Dan saya juga pernah mendapatkan ikan sebarau dengan gewang ajaib ini. Luar biasa kan? Ikan kerlieng/kelah mulai dari size kecil sehingga size besar masing-masing terperdaya dengan umpan tiruan yang tidak menyerupai sebarang makanan semulajadinya di sungai, pelik kan?
Ada juga orang yang mengatakan gewang ini menyerupai udang. Apa pula pendapat anda?



Apa yang lebih menarik ialah, adakah ikan kelah di Malaysia juga berminat dengan umpan bulu ayam seperti ini?






Selamat mencuba dan salam dari Aceh!