Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Pembukaan Rasmi Cawangan ke 93 & 94 TCE Tackles

Berita baik! TCE Tackles Sdn Bhd, rangkaian kedai pancing terbesar di Malaysia telah mengumumkan dua cawangan terbarunya di Arau, Perlis dan Muadzam Shah, Pahang.

Cawangan Arau merupakan cawangan ke-93 TCE Tackles yang beralamat di No. 43, G/F, Jalan Satu, Kompleks Tok Arau, 02600 Arau, Perlis.  Tel/ Fax:  04-9868628. Manakala cawangan ke-94, iaitu cawangan Muadzam Shah pula beralamat di No.18, Jalan Makmur 1, Presint Niaga Bandar Satellite, 26700 Muadzam Shah, Pahang.Tel/ Fax:  09-4528268.

Cawangan TCE Tackles ke-93 yang terletak di Arau, Perlis.

Cawangan Muadzam Shah,Pahang merupakan cawangan ke-94 TCE Tackles.

Banyak aktiviti telah disediakan menjelang pembuka cawangan-cawangan tersebut yang berlangsung dari 2 hingga 8 September termasuk permainan Simfish yang menghiburkan. Hadiah akan disediahkan untuk pelanggan yang berjaya. Program Crazy Buy juga disediakan untuk produk terpilih dan ahli-ahli TCE Tackles juga akan mendapat potongan harga ekstra. Aktiviti-aktiviti lain termasuklah Gift with Purchase, RM5 Voucher Giveaway dan lain-lian lagi.

Kedua-dua cawangan masing-masing mempamirkan barangan bermutu dari jenama Ajiking, Fire Eagle, Bakau, Tomman, Xpuyu, Shinju, Blue Eye, Tcamp, Big Cat, VIP Access, Ikan Toman, GL, Okuma, DAM, Banax, Strike pro, Eagle Claw, BJ.Dive, Momoi, Release Reel, Catking, Scatri, Deeper, BaitCloud, St. Croix, Ocean Sun dan Jilong.

Jangan ketinggalan!