Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Raksasa Mulu

Percaya atau tidak, mengilat waktu malam boleh dapat tapah monster 56 kg!

Wallagonia leerii, juga dikenali sebagai ikan lele wallago berjalur, ikan lele helikopter atau Tapah adalah spesies catfish yang berasal dari Asia Tenggara. Habitatnya melingkungi saliran sungai di Thailand, Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Kepulauan Sumatra dan Borneo di Indonesia. Ia boleh membesar sehingga 2 meter (6 kaki 7 inci)panjang dan seberat 95 kg. Memandangkan ikan ini telah menjadi hidangan popular di seluruh Malaysia, mampukah kita mendaratkan spesimen tapah yang bertaraf “River  Monsters” pada dinihari? Ya, melalui teknik casting!

Teks & Fotografi: Mart Det

Apabila menerima berita mengatakan di Mulu, Sarawakterdapat habitat tapah yang belum diganggu dunia moden, kami sebagai caster sejati segera mengaturkan sebuahtrip sulung ke sana untuk menduganya. Di situ terdapat perkhidmatan pemandupancing yang disediakan oleh orang tempatan. Senanglah bagi orang luar yangingin memancing di kawasan terpencil ini.

 Salah satu spot berpotensi yang mempunyai struktur berbatu.
Casting siang hari juga boleh dapat tapah. Ikhwan dan tapah 22.5kg membuktikannya.
Castingsiang hari juga boleh dapat tapah. Ikhwan dan tapah 22.5kg membuktikannya.

Kami telah memilih teknik mengilat dengan gewang replika ikan untuk menjerat ikan idaman ini. Mengikut info dari tekong, orang tempatan yang berbangsa Iban dan Dayak pernah menaikkan tapah melalui umpan hidup dengan habuan terbesarnya hampir 85kg, memang sinonim dengan gelaran ikan air tawar terbesar di negara kita! Namun sebagai caster sejati kami tetap ingin mencuba dengan bersenjatakan gewang sahaja.

Sebuah trip sepanjang 4 hari 3 malam dengan menjadikantapah sebagai sasaran utama telah berlangsung pada awal tahun 2018 di sebatangsungai yang bernama Long Panai. Sungai ini berada di tanah rendah dan parasairnya dipengaruhi pasang surut air laut seperti sungai-sungai lain yangmengandungi ikan tapah. Perjalanan menggunakan bot memakan masa 4 jam sebelumsampai ke homestay kami di LongPanai.

Mulu Airport, hanya boleh diakses dengan MasWings dari Kuching, Miri atau Kota Kinabalu.
Sekolah rendah di Long Panai.

Hari pertama: Casting waktu malam

Kami kurang bernasib baik kerana cuaca kurang memuaskan pada hari pertama. Hujan yang berpanjangan menyusahkan pancingan dan perjalanan bot namun kami tetap rajin mengilat di sepanjang sungai. Pada hakikatnya kualiti air sungai ini memang kurang jernih sepanjang tahun. Namun ini tidak menjadi masalah untuk kita melempar gewang lantaran ikan tapah berkeupayaan melihat atau mengesan gewang kita dalam air yang agak keruh. Kerajinan kami akhirnya membuahkan hasil dengan seekor tapah kecil yang dinaikkan oleh Ikhwan.

Tapah boleh dijerat menjelang waktu malam kerana ianyamemang sejenis ikan nocturnal yanggemar mencari makanan menjelang waktu malam. Seperti siakap dan ikan belida,spesies ini mampu melihat atau mengesan kewujudan mangsanya dalam keadaan gelapatau air yang keruh. Justeru pancingan kami berlanjutan sehingga lewat malamsecara casting membabi buta di tebing-tebing sungai yang mengandungi rumpair.Lampu suluh boleh dipakai semasa mengilat dalam kegelapan. Ia tidak akanmenakutkan tapah. Namun tapah dipercayai amat sensitif dengan bunyi bisingjusteru pergerakan dan perbualan di atas bot haruslah lembut.

49.73 lb = 23+ kg. Berat sebenar 22.5 kg apabila ditimbang di kampung.

Hari kedua: Spesimen 22.5kg

Cuaca hari ini kembali baik dengan sinaran matahari yangmenaikkan semangat kami. Dalam perjalanan ke lubuk tapah, didapati paras sungaitelah naik dengan ketaranya akibat hujan lebat semalam. Kenaikan paras airmerupakan tanda yang baik. Banyak serangga yang hidup di kawasan rumput akanterkandas di atas air sungai akibat banjir kilat dan telah menarik ikan-ikanuntuk mencari makanan di sepanjang tebing. Tapah pula akan mengambil kesempatanuntuk membaham ikan-ikan tersebut.

Halimi berjaya menaikkan spesimen 5.9 kg pada waktu malam.
Jari Halimi melecur selepas kira-kira 17 minit pertarungan dengan gergasi misteri pada waktu malam.

Kami telah menggunakan gewang crankbait yang mampu menyelam 2 hingga 4 meter untuk misi ini dan menumpukan lontaran kepada perairan yang kelihatan berumput. Sekali lagi  Ikhwan telah menjadi pemancing pertama yang mendapat strike namun kali ini dengan spesimen seberat 22.5kg. Tahniah kepada Ikhwan kerana berjaya menumbangkan tapah yang boleh dibanggakan!

Pancingan kurang menjadi selepas itu dan kami punbercadang untuk terus berusaha sehingga malam. Namun pemandu pancing kami pulamenyarankan kami untuk pulang ke homestay, berehat sambil menjamu seleraterlebih dahulu sebelum meneruskan pancingan malam.

Tapah sulung dari Ikhwan seberat 3 kg yang menyambargewang ketika hujan.
Amin akhirnya berjaya juga mandapat lesen tapah.
Persiapan petang untuk mengilat sehingga ke lewat malam.

Pancingan diteruskan pada waktu 8 malam. Apabila matahari terbenam, keadaan sungai akan menjadi lebih mencabar lantaran sang bedal juga akan keluar mencari makanan. Namun kami menaruh keyakinan terhadap pemandu yang arif dengan sungai ini dan cuba mengelakkan kawasan yang biasa dikunjungi buaya.

Ketabahan dan kesabaran yang tinggi diperlukan apabila mengilat di sungai ini yang tidak mempunyai sasaran yang jelas. Lontaran demi lontaran dibuat ke tepian rumpair yang mungkin terdapat tapah bersembunyi di bawahnya. Apabila kami merasa letih dan hampir ingin berhenti memancing, gewang Mohd Amin telah menerima strike yang menakjubkan namun tidak terkena pancing. Sehingga jam tangan menunjukkan tepat 2 am, barulah kami berhenti melontar gewang dan pulang ke homestay dengan harapan untuk mendapatkan monster pada keesokan harinya.

Hari ketiga: Tumbangnya River Monster!

Pada pukul 8 pagi kami telah berada di atas sungai dan mula membuat lontaran pertama seawal 9 pagi. Hari ini kami mencuba di lubuk yang berlainan pula. Menurut tekong lubuk ini berpotensi untuk menaikkan tapah berskala monster.

Saat River Monster berjaya dinaikkan oleh si penulis.

Sekali lagi Mohd Amin yang lucut semalam telahmemperolehi strike pertama. Letupankedengaran berdekatan tebing sungai namun sekali lagi missed! Memang kurang bernasib baik dan terasa kasihan pulaterhadap member kita ini. Tekongberpindah tempat namun tapah Long Panai hilang entah ke mana. Pada waktutengahari kami pun pulang ke homestay untuk makan tengahari sambil berehat danmeneruskan perjuangan kami pada waktu malam pula.

Tak sangka gergasi sungai sudi makan gewang yang hanya sebesar kacang dalam mulutnya!
Pantun di Long Panai menunjukkan tapah adalah ikon disungai ini.

Tepat pada pukul 7 malam kami pun berangkat ke lubuk berpotensi dalam kegelapan. Dengan panduan lampu suluh dan pengalaman yang luas, tekong dapat mengelakkan halangan di sepanjang sungai dan sampai ke lubuk yang diingini. Tanpa pimpinan mereka, tidak mungkin orang luar dapat menduga tapah di sungai ini secara DIY pada waktu malam!

Kami memerhatikan paras air di tepi sungai sambil membaling gewang. Apabila paras air naik, bermakna peluang untuk mendapatkan strike adalah lebih tinggi. Kelihatan pada masa itu paras air telah naik dan saya pun bertukar ke gewang selaman 3 meter. Tiba-tiba terasa gewang tersebut seakan sangkut. Tanpa berfikir saya pun membalas dengan sekuat-kuatnya secara otomatik. Tidak disangka-sangka seekor tapah terkena pancing dan bermulalah pertarungan yang mendebarkan.  Dengan tali utama sekasar 40 paun dan perambut 50 paun, akhirnya si tapah ditumbangkan setelah 10 minit bertahan.

Ikan tersebut telah dibawa pulang ke homestay untukditimbang dan mengambil gambar pada keesokan harinya. Semua ikan yang berjayadipancing tidak akan dilepas kembali ke sungai dan harus diberi kepadapenduduk-penduduk kampung. Mungkin inilah syaratnya supaya orang luar dapatmemancing di sungai ini.

Pemandangan indah di sepanjang perjalanan ke Long Panai.

Pada malam itu ketekunan kami telah dibalas dengan keputusan cemerlang di mana Halimi Hanip dan Mohd Amin telah berjaya menaikkan tapah berskala 6 hingga 8 kg. Pada lewat malam Halimi diberkati satu lagi strike namun gagal menumbangkannya setelah 17 minit bertahan. Memang kecewa Halimi dibuatnya. Namun ini telah membuktikan bahawa ikan tapah sememangnya boleh dipancing melalui teknik mengilat dengan gewang replika ikan seperti ikan-ikan pemangsa yang lain di Malaysia. Manakala saya sendiri pula berjaya mendaratkan gergasi seberat 56kg melalui teknik yang terbukti berkesan ini.

Diharap melalui pendedahan artikel ini akan mencetuskan inspirasi para pembaca sekalian untuk mencuba mengilat River Monster di tempat masing-masing.

Semoga berjaya!

Youtube MFA CHANNEL: https://youtu.be/GYA0-nnlZ9k
FB link: https://www.facebook.com/mart.det