Senses Cup 2018 – Pelita Temengor
Landasan waktu berlalu tanpa menanti sesiapa, tanpa sedar sudah menghampiri acara puncak tahunan bila Senses Cup kembali menjengah buat kali ke-4. Bukan seperti bayi yang perlu didondong lagi kematangan pengalaman dalam pengurusan event bertaraf Asia dengan jalinan tenaga pelbagai pihak berjaya mengendali pertandingan yang berlangsung selama 3 hari di Tasik Temengor.
TEKS & FOTOGRAFI: HANUMEI IKE
Kerjasama akrab pihak Senses Fishing Malaysia, Kelab Sukan Dan Rekreasi Pasir Mas Caster dan Sahabat Alam bagaikan membentuk satu pelita gergasi bagi menerangi Tasik Temengor setiap tahun sehingga mampu mengundang peserta dari Negara jiran tertangga seperti sebelumnya malah telah menarik juga peserta dari Negara India buat pertama kalinya.
Penganjuran kali ini tepat pada waktunya bila hujan monsoon mula turun, sedikit sebanyak meningkatkan paras air tasik dan menenggelamkan rumput-rumput di kaki tebing. Persiapan dibuat awal sehari sebelum pertandingan dengan empat buah rumah bot bakal digunakan sebagai tempat penginapan dan kantin buat peserta, urusetia mahu pun puluhan kru-kru yang terlibat dalam event tahunan terbesar di Tasik Temengor ini. Termasuk juga puluhan bot-bot kecil yang bakal membawa peserta bertanding di tasik.
Pada awal malam ketibaan peserta dari Singapura,Thailand dan India disambut dengan ucapan selamat datang dengan jamuan ringan sebelum ketibaan peserta dari Negara lain dan diakhiri pada awal pagi dengan ketibaan empat kumpulan peserta dari Indonesia sebagai melengkapi jalinan persahabatan serantau antara pemancing.
TANGKAP DAN LEPAS
Konsep tangkap dan lepas sebagai teras penganjuran disambut baik oleh rakan dari luar Negara untuk kelestarian ikan air tawar kita yang sedang mengharungi saat nazak pada waktu ini. Guide(boatman) dilantik menjadi marshall pertandingan dan ditugaskan untuk mencatat saiz tangkapan yang melepasi saiz ukuran cm yang ditetapkan beserta waktu tangkapan. Apa jua jenis umpan tiruan dibenarkan dalam pertandingan mengilat ini namun penggunaan produk senses sebagai penganjur pertandingan ini ada kelebihannya sendiri di mana perserta bakal dinobatkan Raja Senses dalam setiap kategori spesies yang berjaya didaratkan.
Sebelum hari pertandingan peserta akan mencabut undi terlebih dahulu untuk menentukan bot dan juga guide yang akan membawa mereka. Pada hari pertama peserta terus berlepas dari jeti awam selepas sedikit taklimat pada jam 9.00 pagi dan rumah bot akan bertolak ke pulau askar dan pakir di sana selama tiga hari.
Pada hari kedua peserta dilepaskan seawal jam 7.30 pagi dan perlu pulang selewat jam 7.30 malam, hampir 12 jam untuk peserta menerokai setiap lubuk sekitar temengor dengan dibekalkan makanan dan minuman tengahari sekiranya tidak pulang ke rumah bot waktu makan tengahari. Waktu pertandingan pada hari ketiga hanya separuh hari di mana peserta perlu pulang dan menyerahkan rekod tangkapan sebelum jam 1 tengahari.
BALASUNGKAWA
Di sebalik kemeriahan pertandingan ini berlangsung ada juga yang menangis kesedihan. Sehari sebelum pertandingan kami dikejutkan dengan berita kematian sahabat kami yang menguruskan Team Sahabat Alam allahyarham Nan Harith. Kami di sini merakamkan Salam Takziah buat keluarga dan juga Team Sahabat Alam.
Berikut adalah senarai pemenang:
Kategori The Best caster individu
- Chan Chee Keong Team FZ 191CM
- Ahmad Ghazilan Frogistan 146cm
- See Kiet Seng Team FZ 128cm
Kategori Kumpulan
Champion Team FZ 763CM
Runner up Short Short Guy 710 cm
2nd Runner up Mustad Malaysia 439cm
King Of Sebarau See Kiet Seng 62cm
King Of Toman Nor kamaludin 95cm
King Of Kerandang Derek Francis 59cm
King Of Haruan Chang Kee Keong 52cm
King Of Special Mohamad Khairi 38cm
SENSES KATEGORI
Senses Toman King Tan Cheng Hua 72cm
Senses Sebarau King Cikgu Najib 53cm
Fishing Guide Terbaik
- yeng
- Ba’e
- Mat Pi