Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Tentang Kami

Majalah SIRIP Malaysia telah diterbitkan pada tahun 2001 oleh Pak Wong bersama Pengarangnya, Halimi Hanip.

Majalah SIRIP telah pun memainkan peranan sebagai pemimpin aliran memancing pada peringkat awal ia diterbitkan dan telah menerajui pemancing serantau untuk menceburi pancingan yang berasaskan semangat kesukanan dengan mempromosikan teknik umpan tiruan iaitu jigging dan popping yang baru sahaja diperkenalkan ke rantau ini.

Pada masa yang sama, ia juga berusaha memperkembangkan pancingan gewang air tawar ke segenap pelosok tanahair.

Di samping itu, SIRIP juga mempromosi amalan aktiviti memancing secara ‘catch & release’ yang lebih menekankan rekreasi dan pemuliharaan.

Pada tahun 2003, SIRIP telah menghasilkan DVD memancing pertamanya. DVD yang ternyata lebih berkesan dalam pengajaran teknik memancing berbanding media cetak dengan serta merta mendapat sambutan hangat daripada pemancing serantau.

Teknik jigging menjadi begitu popular sehingga membawa perubahan yang drastik terhadap sukan memancing tempatan dan juga negara-negara jiran. Teknik memancing dengan menggunakan gewang yang berasaskan semangat kesukanan mula bertapak di rantau ini.

Sampailah ke zaman media baru yang didominasi teknologi digital, SIRIP juga tidak ketinggalan zaman. Dengan tajaan daripada para usahawan peralatan memancing, SIRIP telah melakukan transformasi untuk berubah menjadi media elektronik demi membekalkan informasi secara percuma kepada komuniti memancing melalui majalah elektronik, video dan laman sesawangnya.

Dengan gandingan bersama pencinta aktiviti memancing dan industri peralatan memancing,  marilah kita bersama-sama berusaha memajukan masa hadapan perikanan rekreasi yang lebih cemerlang!