Pautan Utama

Portal Memancing Rasmi Malaysia

Trip Tekong Otak Masuk Ayaq

Air Masin: Trip Tekong Otak Masuk Ayaq

Itulah tajuk yang paling sesuai untuk trip jigging di unjam perairan Penang yang berlangsung pada 18 November 2018 yang lalu. Semua ahli trip, iaitu saya, Faiz, Fauzan, Alim dan Lee serta tekong umpama ingin menghadiri mesyuarat  kabinet di tengah lautan. Mana tidaknya, dengan lengkap berpakaian sut dan bertali leher menjadikan trip kali ini amat menarik dan mencabar fizikal serta mental semua pemancing!

Teks & Fotografi: Azmil SPW

“Siapa kata hobi memancing ituhanya untuk orang miskin sahaja?” Itulah sebab yang mencetuskan trip “Menteri Memancing” kali ini!
Menyediakan alat pancing sebelum keluar laut macam biasa. Namun dengan pakaian yang cukup “smart”!

Cadangan untuk berpakaian formal ini adalah hasil daripada cetusan idea dan inspirasi oleh tekong muda Nibong Tebal yang terkenal dalam kalangan pemancing, iaitu Khairul Anuar atau lebih dikenali dengan nama panggilan Erul. Pada mulanya, ada ahli trip yang keberatan untuk menerima cadangan tersebut, namun setelah berbincang kami semua sebulat suara untuk merealisasikan cadangan tekong yang sememangnya akan dianggap ‘gila’ oleh masyarakat.

Padahari trip, kami singgah bersarapan di kedai biasa berhampiran dengan jeti diNibong Tebal. Ada yang sudah lengkap berpakaian segak dengan sut serta talileher dan masih ada ahli trip yang berpakaian biasa kerana bimbang kena‘kencing’ dengan kawan-kawan. Haha.. Semasa bersarapan, kami sudah menjaditumpuan kerana para pelanggan dan pemilik kedai sedia maklum dengan kehadirankami pada setiap hari Ahad adalah untuk memancing. Namun, pada hari itumasing-masing berpakaian segak sehingga membuatkan mereka tertanya-tanya samaada kami ingin pergi memancing atau bermesyuarat. Awal-awal pagi lagi dah kenaperli dengan orang ramai di kedai makan! Haha..

Khairul Anuar A.K.A “tekong otak masuk ayaq” siap dengan sut putih yang kelihatan macam pengantin baru.

Perjalanan ‘Bermesyuarat’ Bermula

Semasa di jeti, kami sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai yang lalu-lalang di situ. Mungkin mereka tertanya-tanya, “kami ni nak pi memancing atau bermesyuarat?” Haha. Setelah selesai memunggah barang-barang ke dalam bot, kami bertolak ke unjam di sebelah Barat perairan Penang. Ketika permulaan perjalanan, saudara Faiz sempat memuat naik video ‘Live’ di Facebook miliknya. Daripada ‘Live’ itulah munculnya dialog-dialog lucu yang diucapkan oleh semua ahli trip termasuk tekong Khairul Nua selaku Menteri Tekong yang berjenaka mengandaikan kami sebagai Menteri Boron, Menteri Laut, Menteri Landuk, Menteri Apollo dan Menteri Segala Menteri. Memang meriah bot dibuatnya! Kami tak sangka pula ramai yang kongsi atau ‘Share’ video ‘Live”. Itulah titik permulaan yang menjadikan trip istimewa kali ini tular dan mendapat beribu ‘share’ di media sosial.

Darijeti, perjalanan ke spot memancing mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit.Kebetulan pula cuaca pada pagi itu agak berangin, ombak pun agak kuatmenyebabkan kami terpaksa menyimpan dahulu sut dan blazer kerana bimbang basahpula nanti. Lucu bila melihat aksi rakan-rakan mengelak daripada terkenatempias lebih-lebih lagi Menteri Tekong yang berpakaian sut serba putih. Haha..

Pertama kali naik bot pakai sut, rasa lain macam!
Si penulis tetap pakai tali leher biarpun hari tengah panas.

“Panaih Lit-lit”

Memancing dengan pakaian sebegini adalah sesuatu yang amat mencabar fizikal dan mental kami semua. Mana tidaknya, cuaca panas pada hari itu ditambah dengan sut dan tali leher amat menguji kesabaran kami. Berpeluh satu badan sementara menunggu ikan menjamah jig. Ada yang berkata “dah serik pakai macam ni, inilah trip pertama dan terakhir kita pakai macam ni,” Haha..

Hairannya ikan pada trip ini agak pasif sehingga kurang sambutan terhadap jig kami. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk beralih kepada teknik ‘bottom drift’ menggunakan isi ikan ala Apollo oleh Menteri Apollo! Haha.. Pilihan kami ternyata tepat kerana sebaik sahaja menggunakan umpan isi ikan, kami semua mula mendapat sambutan penghuni-penghuni dasar di unjam berkenaan. Antara spesis yang berjaya didaratkan melalui teknik ini ialah landuk, kerapu manis, kunyit dan kerisi.

Cuacasemakin cantik pada sebelah petang. Kami mencadangkan kepada Menteri Tekong untukberalih kepada spot unjam yang lain untuk bermain jig. Dah nama pun MenteriTekong, memang pandai dia cari spot. Kami tiba di spot unjam yang baharu,sebaik sahaja kami menurunkan jig kami mula mendapat sambutan daripada penghuniunjam berkenaan. Di spot tersebut, kami berjaya menaikkan beberapa ekor ikantongkol dan tiga ekor haruan tasik yang bersaiz sederhana.

Posting ikan dengan sut. Kesjarang-jarang berlaku!
Bergaya dijeti dahulu buat kenang-kenangan.

Rezeki Kami

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa yang sangat sesuai dengan situasi kami apabila trip yang istimewa ini menjadi tular di media sosial khususnya di Facebook. Kebanyakan netizen menganggap trip kami ini adalah sesuatu yang menghiburkan. Pelbagai komen dan ‘caption’ yang kelakar mula digunakan dalam posting berkenaan trip memancing “menteri-menteri”. Orang ramai yang terserempak dengan kami pun turut mula menggelar kami sebagai menteri memancing. Haha..

Tidak kurang juga ada netizen yang mengecam dan menganggap tindakan kami ini adalah sesuatu yang sia-sia dan untuk mencari publisiti murahan. Kami menerima segala kritikan dan komen-komen negatif dengan hati yang terbuka. Dalam hidup ini memang akan ada pihak yang tidak bersetuju dengan apa jua tindakan kita, itulah lumrah kehidupan. Semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing.

“Hobi Kami Mahal”

Untukmakluman semua pembaca, idea ini sebenarnya tercetus apabila “Menteri Tekong”,Khairul Anuar terbaca satu posting di Facebook yang telah tular. Dalam postingberkenaan, ada seorang individu yang memandang rendah dan mengatakan bahawahobi memancing ialah hobi yang sesuai untuk orang-orang miskin sahaja. Postingtersebut telah memberikan idea kepada “Menteri Tekong” untuk menyedarkan orangramai bahawa hobi memancing ini adalah hobi yang menarik, istimewa dan diminatipelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja golongan biasa bahkan golongan profesional.

Bergaya di jeti dahulu buat kenang-kenangan.

Di samping itu, idea untuk berpakaian sut dan tali leher ini adalah sekadar satu cara untuk kami menghiburkan diri masing-masing dalam hobi memancing. Kami tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan diharapkan melalui trip ini kami berjaya menghiburkan hati masyarakat serta menaikkan imej hobi memancing dalam kalangan masyarakat.

Kamijuga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongdan memberikan respon yang positif kepada trip kali ini khasnya ‘page’ SiakapKeli, Kaki Pancing Malaysia, Penang Kini dan mana-mana ‘page’ yang berkongsipost Trip Menteri-menteri dalam posting mereka. Jutaan terima kasih jugadiucapkan kepada Pak Wong selaku idola kami semua yang sudi menerbitkan artikeluntuk Trip Menteri-menteri. Sekian, terima kasih. Semoga arena memancing terusmaju di negara kita!

Ok tak post saya? 

Tekong Khairul Nua
019-4465528 (Call)
017-3666061 (Whatsapp)